Isnin, Julai 03, 2017

Che Ta Sambung Raya Di Kota London



Instagram Rozita Che Wan  tidak dimeriahkan dengan gambar mereka sekeluarga melaram baju raya yang banyak. Bukan sebab merajuk sellau dikritik netizen tetapi  Che Ta memberitahu dirinya hanya menghabiskan masa beraya seminggu sahaja sebelum berangkat ke kota London untuk beraya.

““Bukan apa, saya terikat dengan jadual penggambaran sebuah drama di sana, jadi senang cerita saya akan sambung beraya di kota London. Memang saya memiliki 104 pasang baju raya pada tahun ini. Cuma, 10 pasang saja baju raya sendiri rekaan Rizman Ruzaini, selebihnya ditaja oleh Minaz” jelasnya kepada Kosmo!