Ahad, Julai 30, 2017

Che Ta Bagi Amaran Jangan Cuba Rembat Zain Saidin!



Selebriti sensasi baru-baru ini dalam nada sinis memberi amaran kepada wanita di luar sana supaya tidak menganggu suaminya, Zain Saidin.

Memuat naik muka hadapan akhbar Metro Ahad yang disiarkan baru-baru ini dalam akaun Instagram miliknya, Che Ta turut meletakkan caption hastag #saparembatlakikamikenasengatmukakatjalanoiiiii

Caption itu dipercayai berikuta isu hangat melibatkan pelakon baharu Afifah Nasir yang juga merupakan adik kepada pelakon popular Anzalna Nasir yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah.

Rata-rata netizen yang mengunjungi post berkenaan turut menulis komen sinis yang ditujukan kepada Afifah.