Selasa, Julai 18, 2017

Bilalah Nak Siap; Tak Sanggup Dah Duduk Rumah Sekarang, Azab Sangat Rasanya!



Datuk Aliff Syukri Kamarzaman terus menerima kecaman daripada netizen selepas memuat naik gambar rumahnya yang masih dalam peringkat pembinaan.

“Nampak saya tak? cer cari saya di mana?? ni bukan side utama depan rumah saya ni side tepi laluan basement parking bawah tanah dan bilik,” tulisnya di laman sosial Instagram miliknya.

Katanya lagi, rumahnya itu masih dalam proses untuk disiapkan dan masih berada di tahap awal proses pembinaan.


“Penantiaan itu satu penyeksaan lagi 35pratus nak siap.. tak sanggup dah duduk rumah sekarang, azab sangat rasanya... bilalah rumah saya ni nak siap..,” tulisnya lagi.

Ramai yang menjadikannya sebagai isnpirasi tidak kurang juga yang mengkritik memandangkan penggunaan istilah azab oleh Aliff Syukri merujuk rumah sementara yang dihuninya kini.

1 Komentar:

Write Komentar