Isnin, Julai 31, 2017

Berapa Banyak Dia Tipu Saya, Itu Urusan Dia Dengan Tuhan; Bella Terima Aliff Demi Anak!



Demi anak sulung mereka yang belum pun mencecah usia sebulan, Bella Astillah sanggup memaafkan suaminya, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz. Bercakap kepada BH Online, isteri kepada artis kelahiran Singapura itu juga berkata, selama ini beliau dan suami tidak pernah pun berselisih faham kerana orang ketiga.


"Saya maafkan dia (Aliff) demi anak kami. Selama ini, kami tak pernah bergaduh hanya kerana wanita lain.


"Dia sendiri sudah mengakui kesilapannya. Berapa banyak dia tipu saya, itu urusan dirinya dengan Tuhan.



"Saya harap dia takkan mengulangi lagi kesilapan sama," kata Bella ketika dihubungi sebentar tadi. 

Bella turut mengakui, selepas ini beliau akan kembali menemani suaminya di set penggambaran drama berkenaan, sekali gus sanggup berdepan dengan pelakon wanita itu.


"Sebelum ini, saya hanya ke set penggambaran drama itu selama dua hari berturut-turut saja. Selepas itu, saya tidak lagi berbuat demikian atas permintaan suami.



"Ketika itu saya hamil lapan bulan. Selepas ini, seperti biasa saya akan teman suami bekerja. Tapi mungkin tak selamanya, kerana saya sedang mempertimbangkan untuk bekerja sendiri," katanya.