Sabtu, Julai 29, 2017

Bella Astillah Nafi Aliff Aziz Kaki Pukul; Masih Ada Rasa Cinta Buat Suami



Perasaan cinta Bella Astillah terhadap suaminya, Aliff Aziz tidak berbelah bahagi ketika penyanyi itu dihimpit kontroversi bersikap curang dan kaki pukul.

Wanita tabah ini juga tidak  berhasrat untuk berpisah dengan suaminya walaupun terpaksa melalui detik getir ketika ini selain persepsi buruk orang ramai terhadap Aliff atas kejadian itu.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 23, berkata, tuduhan kononnya Aliff, 26, kaki pukul juga tidak benar malah suaminya itu tidak pernah mengasarinya selama tempoh perkahwinan mereka sejak disatukan pada 9 September 2016.

“Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam.


“Sebaliknya apa yang berlaku pada hari kejadian hanyalah pergelutan dan dalam situasi itu secara tidak sengaja dia mencederakan saya,” katanya kepada mStar Online.