Selasa, Julai 18, 2017

Baru Bersalin 4 Bulan; Nadya Syahera Mengandung Lagi!



Anak sulung baru sahaja berusia empat bulan, pelakon Nadya Syahera Rosli menjelaskan dia kini hami lagi. Nadya, 24, berkata, dia mendapat tahu perkara itu apabila membuat ujian kehamilan selepas mengalami alahan baru-baru ini. 

"Sebenarnya sejak raya lagi saya dah rasa tidak sedap badan dan seminggu lalu mula alami alahan muntah yang teruk sehingga langsung tak boleh nak makan. 

"Mengesyaki mungkin berbadan dua, baru-baru ini saya buat ujian kehamilan sendiri di rumah dan keputusannya memang positif," katanya kepada mStar Online. 



"Yalah, anak pertama baru berusia empat bulan, tiba-tiba yang ni dah 'lekat' tanpa sempat saya makan pil pencegah kehamilan (ketawa). 

"Tapi tak mengapalah, kami terima dengan hati terbuka dan anggap ia sebagai rezeki Allah, " ujarnya.

Nadya dan suami, Fizul Nawi, 25, yang juga seorang model komersil berkahwin pada 25 September 2016.

2 Komentar

Write Komentar
18/7/17 11:54 PG delete

rezeki jangan ditolak... pandai-pandai lah jaga diri

Reply
avatar
18/7/17 12:42 PTG delete

fuhhh..laju tmbh rezeki

Reply
avatar