Selasa, Julai 18, 2017

Aksi Mesra Dengan Aaron Aziz; Soo Wincci Sedia Terima Kritikan



Melakonkan watak antagonis dalam filem adaptasi novel Kau Yang Satu, Soo Wincci, 31, berkata isteri kepada Aaron Aziz iaitu Diyana Halik sudah memberi lampu hijau untuk dia melakonkan babak seperti memegang, memeluk dan duduk di atas peha pelakon tersebut.

"Masa tengah latihan memang tidak dinafikan saya kekok untuk berlakon babak sebegitu dengan dia. Namun, bila sudah berada di dalam set kami perlu berikan yang terbaik.

Dalam pada itu, bekas Ratu Cantik Malaysia ini berkata, dia sudah bersedia menerima sebarang kritikan dan kecaman terhadap lakonannya sebagai Isabella. 

"Mungkin ramai akan kecam dan kritik tapi saya sudah bersedia dengan semua itu. Bila penonton kecam, maknanya lakonan saya menjadi.

"Saya akan terima negatif atau positif komen yang mereka akan berikan selepas menonton filem ini," ujarnya.


Filem adaptasi novel karya Nia Azalea ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini. - mStar Online