Ahad, Julai 09, 2017

[6 Gambar] Sekitar Pertunangan Mawar Rashid Dan Raf Yaakob



Pelakon Mawar Rashid telah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama kekasih hati Raf Yaakob yang juga diadakan secara tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. 

Majlis pertunangan itu dikhabarkan diadakan bersempena mengingati tarikh ulangtahun kelahiran arwah bapa Raf sendiri selepas menghantar rombongan merisik ke kediaman Mawar awal Mei lalu. 

Majlis tersebut telah dihadiri 100 orang tetamu termasuk kedua belah keluarga dan teman rapat.

Menurut laporan m Star Online, majlis pernikahan dan persandingan pasangan sama manis sama padan ini dijangka diadakan pada hujung tahun ini.