Ahad, Julai 16, 2017

[4 Gambar] Wajah Kacak Dennis Verbaas; Bakal Suami Puteri Tunggal Sultan Johor



Hari ni kita dikhabarkan berita gembira bila Tunku Tun Aminah, puteri kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah akan berkahwin pada 14 Ogos ini.

Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata Dennis Muhammad atau nama asal Dennis Verbaas merupakan anak kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas.

Dennis dilahirkan pada 1 Mei 1989 di sebuah bandar berdekatan Amsterdam. Dennis juga merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Dennis terima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands, seterusnya menyambung pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.

Tambah Abdul Rahim, Dennis Muhammad telah memeluk Islam pada 13 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru serta dipimpin oleh pegawai agama untuk mempelajari Islam, seperti solat, berpuasa, mengaji Al-Quran, pengajaran akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika dan juga protokol istana.




1 Komentar:

Write Komentar
Normi Nieza
AUTHOR
17/7/17 9:08 PG delete

mcm pelakon smallville..:)

Reply
avatar