Khamis, Jun 08, 2017

Viral Karipap Oksigen Dari Bazar Ramadan Ketereh



Membeli juadah berbuka puasa dari Bazar Ramadan merupakan antara kelaziman di Malaysia setiap kali tibanya bulan Ramadan. Jika tiada kuasa membeli, masakan boleh timbul bazar merata-rata di seluruh tanah air dengan kapasiti gerai mencecah beratus-ratus di sesebuah bazar!

Malangnya, bukan semua pembeli yang berpuas hati dengan juadah yang dijual oleh peniaga. Bukan semua tetapi sesetengah peniaga di Bazar Ramadan memang tidak dapat dinafikan mahu meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Selain basi, rosak, antara isu melibatkan juadah di Bazar Ramadan tentu sahaja kualiti yang tidak setanding dengan harga yang ditawarkan.



Seperti gambar Karipap Oksigen yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook, semalam. Karipap yang dibeli oleh adik iparnya di salah sebuah Bazar Ramadan di Ketereh, Kelantan ternaya lebih banyak mengandungi oksigen berbanding inti.

Pastinya tidak berbaloi, apabila karipap yang dikunyah ketika berbuka puasa yang dirasai lidah cuma kulitnya sahaja, dan intinya terllau sedikit, malah hampir tiada!

Kalaupun betul, peniaga berhadapan dengan kos barangan mentah, sewa tapak niaga dan lain-lain, janganlah terlalu kejam dengan juadah yang dijual, tak salah untung sedikit tetapi lebih berkat. Carilah pahala dalam bulan mulia ini dengan cara tidak terlalu tamak mengejar kekayaan duniawi, dan bermuarah hati dalam urusan jual beli!