Rabu, Jun 07, 2017

[Video] Ayah Akan Rindu Nak Baca Quran Dengan Syahid Lagi - Bazli UNIC




Sebuah video yang dimuat naik anggota UNIC, Bazli di laman Instagram (IG) dua jam selepas pemergian anak sulungnya pagi tadi telah mengundang rasa sebak dikalangan pengikutnya.

Menerusi video tersebut, Bazli berkongsi rasa hatinya yang akan merindui membaca ayat suci Al Quran bersama Syahid lagi.

Bazli telah menulis kapsyen; “Syahid...Ayah akan rindu nak baca Quran dengan Syahid lagi nak...” pada video yang memaparkan Syahid menyambung surah At-Tin yang dibaca ayahnya (Bazli).

Video tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata menzahirkan kesayuan dan lafaz takziah.


A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on