Ahad, Jun 18, 2017

Ucapan Hari Bapa Ayu Raudhah Untuk Suami Buktikan Zaquan Adha Suami Yang Perfect!



Hujung Jun memang sinonim dengan Hari Bapa. Ahad ini selebriti tempatan antara yang dilihat mengambil kesempatan mendedikasikan ucapan Hari Bapa sama ada kepada ayah mahupun suami masing-masing.

Antara yang menarik perhatian adalah ucapan Hari Bapa daripada pelakon Ayu Raudhah yang baharu sahaja melahirkan cahaya mata ketiga 17 Ramadan yang lalu.

Ayu yang ketika ini sedang berpantang mengambil kesempatan merakamkan ucapan Hari Bapa yang cukup romantis dan bermakna kepada suaminya, ikon Bola Sepak tanah air, Zaquan Adha.


"He is Amazing Man! "😘 segala pengorbanan, kasih sayang yg curahkan, segala usaha diberi Adalah yg terbaik dari dirinya.. dgn tangan ini diberi kan kasih syg yg xberbelah bagi kepada kami,dgn kaki ni tanpa mengeluh penat dan lelah dia berlari mencari rezeki utk memberi keselesaan keluarganya ni, dgn wajah dan bibir ini sering berkata dan berdoa yg baik2 bg menenangkn hati kami. Alhamdulillah syukur,Dia Daddy dan Suami yg TerIndah Yang Allah Anugerahkan utk Kami, 

Thank You For Everything Sayang.. ❤️Happy Fathers Day Sayang ❤️

Daripada ucapan Ayu Raudhah ini sah, Zaquan Adha merupakan seorang suami yang perfect buat Ayu sekeluarga kan? Mesti ramai yang jelous lihat kebahagiaan pasangan ini bukan? Hah, jangan jelous, doakan yang terbaik buat mereka, dan doalah untuk kebahagiaan diri sendiri!