Ahad, Jun 18, 2017

Syeriv Samheizy Nama Anak Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin



Pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin masih tidak mendedahkan wajah bayi lelaki sulung mereka. Malah, lebih sebulan berlalu, barulah Sam dan Tilla mengambil keputusan untuk mendedahkan nama anak sulung mereka itu.

Syatilla Melvin melahirkan cahaya mata pertama awal Mei lalu, lama juga masa diambil untuk pasangan, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendedahkan nama anak lelakinya itu. Menerusi akaun Instagram masing-masing, mereka telah berkongsi nama bayi mereka iaitu, Syeriv Samheizy.