Jumaat, Jun 09, 2017

Skandal Online Shukri Yahaya Saat Nama Memuncak Dalam Andainya Takdir?



Sana sini orang sedang perkatakan tentang lakonan hebat Shukri Yahaya dalam drama Slot Samarinda, TV3 berjudul Andainya Takdir.

Tak semena-mena pagi Jumaat bulan Ramadan ini kecoh pula dengan screenshot mesej perbualan kononnya antara pelakon Shukri Yahaya dan seorang wanita.

Individu yang menggelarkan dirinya sebagai Sarah Danielle telah berkongsi satu mesej perbualan bersama seorang pelakon terkenal.  Mesej berbaur godaan itu kononnya perbualan dia dengan aktor Shukri Yahaya yang menggambarkan dia kurang senang dengan mesej-mesej diberikan pelakon itu. 

Shukri, 28, wanita berkenaan sengaja menggunakan cara tersebut bagi meraih perhatian masyarakat dengan mengaitkan dirinya. 

"Saya pun dapat tahu berita ni pagi ini. Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk ‘famouskan’ diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri. 

"Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular cara pantaslah ni. Saya sikit tidak terasa dan malas nak layan. 


"Stop making stupid people famous" (Hentikan buat orang bodoh popular) ujarnya. 


Bagi admin sendiri setakat screenshot chat tidak membuktikan apa-apa. Sesiapa sahaja boleh menyamar dengan mengguna DP bagi mana-mana laman sosial mewakili mana-mana selebriti. Malah, screenshot seumpama itu boleh edit sendiri menggunakan aplikasi dalam talian. Lebih teruk lagi, individu yang sama boleh menggunakan dua telefon untuk mewujudkan perbualan palsu dengan niat mencalarkan reputasi mana-mana selebriti.