Selasa, Jun 27, 2017

Sinopsis Telefilem Syukur Syawal; Telemovie Aidilfitri TV3



SINOPSIS SYUKUR SYAWAL

Selepas 20 tahun hidup miskin di kampung dengan ibu bapanya, Syawal membuat keputusan untuk berhijrah ke KL. Dia telah meninggalkan Mak Lijah dan Pak Seman kerana mereka tidak dapat memberi kehidupan yang mewah seperti kawan-kawannya. Setiap kali Hari Raya tiba, Mak Lijah akan memasak hidangan kegemaran Syawal seperti rendang daging dan ketupat palas, tetapi Syawal tidak pernah pulang ke rumah. Syawal hidup mewah dan mempunyai teman wanita bernama Haida. Satu hari, apabila Haida membawa Syawal untuk berjumpa ibu bapanya, Syawal terkejut kerana Haida bangga dengan ibu bapanya walaupun mereka sudah tua dan miskin. Syawal insaf dan pulang ke rumah.

Lakonan Farid Kamil, Asyraf Aley, Hanna Aqeela, Anis Al-Idrus, Rosnah Johari, Dato Rahim Razali.