Rabu, Jun 28, 2017

Sinopsis Telefilem Surat Panjang Untuk Mak; Telemovie Aidilfitri TV3



SINOPSIS SURAT PANJANG UNTUK MAK

Segalanya bermula dengan panggilan telefon yang dibuat oleh Ehsan kepada adik-beradiknya untuk meminta mereka pulang melawat ibu mereka, Raudhah. Ehsan mendapat idea untuk menulis surat kepada ibunya. Malah, Ehsan juga mencadangkan adik-beradiknya untuk melakukan perkara yang sama. Setiap orang akan menulis sepucuk surat yang panjang untuk mengenang memori terindah bersama-sama dengan ibu tercinta. Mereka mula menghargai pengorbanan ibu mereka dan membuat keputusan untuk menghabiskan setiap hujung minggu bersama-sama dengan Raudhah. Raudhah menjadi lebih bahagia. Walaupun dia kini terlantar atas katil sebab kesihatan yang tidak mengizinkan, dia bersyukur dan gembira kerana sering ditemani oleh anak-anaknya.