Selasa, Jun 27, 2017

Sinopsis Telefilem Pergilah Cinta; Telemovie Aidilfitri TV3



SINOPSIS PERGILAH CINTA

Reza (Fahrin Ahmad) ingin memberi kejutan buat isterinya, Liyana (Diana Danielle) bersempena dengan ulang tahun perkahwinan ke-5. Liyana kemurungan sejak ibunya meninggal dunia. Reza cuba sedaya upaya untuk menceriakan isterinya. Namun, Reza terkejut apabila Liyana telah meninggalkannya dan menuntut penceraian. Reza sedar bahawa rakan kolejnya, Fazley (Raja Afiq) telah menikam dari belakang. Reza telah mulakan kehidupan baharu selepas menceraikan Liyana. Perkahwinan Liyana dan Fazley tidak bahagia. Liyana ingin kembali kepada Reza. Walaupun masih ada sayang terhadap bekas isterinya, Reza menolak untuk rujuk kembali.