Selasa, Jun 20, 2017

Sinopsis Telefilem Mak Tak Bagi Balik; Telemovie Aidilfitri TV3



SINOPSIS MAK TAK BAGI BALIK

Kehidupan Ismail dan Rohani menjadi lebih bahagia apabila harga getah yang menjadi sumber pendapatan mereka telah naik. Tambahan pula, anak perempuan sulung mereka, Rosnah mendapat tawaran untuk belajar di sebuah sekolah berasrama penuh. Mereka bekerja lebih keras demi pendidikan anak perempuan mereka. Rohani menasihatkan anak perempuannya tidak perlu membelanjakan wang untuk pulang ke rumah di bulan Ramadan kerana mereka perlu berjimat untuk persiapan Hari Raya.

Malam raya nanti TV3 akan menyiarkan telefilem khas berjudul Mak Tak Bagi Balik. Menampilkan lakonan Khir Rahman, Vanidah Imran, dan Nurul Fateha. Telefilem arahan Raja Mukhriz dan skrip oleh  Mazelan Manan.