Selasa, Jun 20, 2017

Sinopsis Telefilem Huru Hara Raya; Telemovie Aidilfitri TV3



SINOPSIS HURU HARA RAYA

Mengisahkan gelagat lucu sebuah keluarga di Pulau Pinang. Puan Mona dan Encik Rashid mempunyai bisnes sendiri. Puan Mona menjual biskut raya manakala Encik Rashid menjual baju tradisional atas talian. Pada masa yang sama, mereka berdua sedang sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan anak mereka, Faizal. Huru hara bermula apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan termasuk bertemu dengan bakal mertua yang garang. Namun, Faizal dapat mengatasi segala rintangan dan selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Ayu pada Hari Raya keempat.

Saksikan pada petang hari raya pertama, TV3 akan menyajikan telefilem komedi berjudul Huru Hara Raya. Dibintangi oleh Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Zarina Zainuddin dan ramai lagi. Disiarkan pada hari Ahad pukul 2 petang di TV3.