Selasa, Jun 27, 2017

Sinopsis Telefilem Hassan; Telemovie Aidilfitri TV3



SINOPSIS HASSAN 

Hassan ialah seorang anak yatim yang tinggal bersama abang tirinya, Fuad. Tiada sesiapa yang menyukai Hassan termasuk Fuad, Jah dan kanak-kanak lain. Mereka sering memberikan layanan buruk kepada Hassan hanya kerana rupanya yang selekeh. Namun, Hassan tidak pernah ambil kisah. Pak Samad, suami kepada Jah sering mempelawa Hasan untuk menjamu makanan sedap yang dimasak oleh Jah. Malahan, Hassan juga berkawan baik dengan anak perempuan mereka, Liya. Suatu hari, Fuada terlibat dalam kemalangan kecil. Hassan telah menjaganya dengan teliti. Sejak itu, Fuad menyedari kebaikan daripada Hassan dan bukannya penampilan fizikalnya yang kurang menarik.