Selasa, Jun 27, 2017

Sinopsis Telefilem Ali; Telemovie Aidilfitri TV3



SINOPSIS ALI



Ali seorang lelaki yang jujur telah mengejar Pak Iki hingga ke Kelantan semata-mata mahu mengembalikan botol air yang tertinggal di terminal bas. Ketika tinggal di rumah Pak Iki, Ali mempelajari erti sebenar tentang kehidupan. Pak Iki telah mengajar Ali amalan hidup yang baik. Pak Iki rasa kesal kerana dia telah mengabaikan anak-anaknya ketika mereka masih hidup. Pak Iki mahu menebus kesilapannya. Jadi, dia telah meminta Ali tinggal bersamanya hingga ke nafas terakhir.