Mesra disapa Afiq, katanya, Syawal kali ini bakal disambut dengan keluarganya di Cheras, Kuala Lumpur dengan menjalani rutin yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini

“Ikutkan kampung di Pontian, Johor tetapi sejak datuk nenek sudah tiada, kami jarang balik ke sana. Sesekali saja ziarah saudara yang ada.

“Jadi, kami akan beraya di KL sahaja setiap tahun.

“Seronok juga beraya di bandar. Lagipun kami tinggal di kawasan perumahan Bandar Tun Hussein Onn. Kawasan itu tak sunyi sangat sebab ramai penduduknya yang berhari raya di situ,” katanya. - Utusan Online