Rabu, Jun 07, 2017

Pesawat Bawa 100 Penumpang Hilang Dari Radar




Sebuah pesawat tentera Burma yang membawa lebih 100 penumpang hilang dari radar pada Rabu selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang di selatan negara itu.

Pesawat terbabit, yang bergerak dari bandar Myeik ke bandar Yangon terputus hubungan dengan menara kawalan udara kira-kira 1.35 petang waktu tempatan.

'Perhubungan tiba-tiba terputus apabila ia sampai kira-kira 20 batu bandar Dawei,' kata pejabat ketua komander melalui satu kenyataan.

Operasi mengesan dan menyelamat sudah dikerah untuk mencari pesaawat terbabit, kata kenyataan itu juga.

Dipercayai, penumpang pesawat terbabit kebanyakannya keluarga anggota tentera.

"Kami fikir ianya masalah teknikal. Cuaca disana baik saja,' kata sumber itu kepada AFP.