Isnin, Jun 19, 2017

Memey Suhaiza Mula Berniqab?



Sekeping gambar aktor berbadan sasa, Norman Hakim bersama isteri tercinta Memey Suhaiza siang tadi di Instagram sudah memancing perhatian ramai!

Norman Hakim dengan shades sambil direnung sepasang mata milik Memey Suhaiza yang wajahnya dihijabi niqab ternyata mencuri perhatian.

"Ini baru renungan maut biniku ninja!"

Hashtag bapa kepada lima orang anak itu berbaur gurauan. Namun, pada kapsyen yang sama turut menulis, "Pelan-pelan kayuh ya cayang, jom jaln-jalan!"

Rata-rata netizen memuji, gembiran dan mendoakan Memey Suhaiza terus istiqamah dalam mengenakan niqab secara berkekalan.