Jumaat, Jun 09, 2017

Makan-Makan Di Koppi Station, Bertam; Makan Sekali Terlioq Meleleh!



Menikmati secawan kopi yang kaw dan best dengan hidangan sampingan yang unik dan sedap ditemani dengan rekaan dalaman kafe yang menyejukkan mata merupakan pakej lengkap yang diidamkan seseorang individu yang mahu menenangkan fikiran sejenak daripada kesibukan urusan harian!

Kafe Koppi Station terletak di Bertam, Pulau Pinang ternyata mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas.

Antara menu yang admin sendiri dah cuba, ialah Chick & Chop (Memang Terbaikkkk!!), Nemoberg (Burger Ikan, sedapppp weh!) dan istimewa bagi admin ialah Cruztacean's (Soft shell crab burger!!!)

Korang yang datang ke Koppi Station mesti kena try soft shell crab burger tu, sedap dan sangat berbaloi!

Pilihan minuman pula bersepah wei. Yang admin dah cuba dan memang kena dengan tekak ialah Chocolate Hazelnut dan Mana Mango Frappy! Memang pekat, berkrim, lazat korang!

Bulan puasa ni pun Koppi still buka dari 4 petang hingga awal pagi tau, 1 pagi! Boleh juga kalau nak  nak makan lewat lepas tarawih! Sebabnya dekat saja dengan Masjid Abdullah Fahim tu!

Yang bestnya, ada tempat untuk bermain bagi anak-anak kecil! Sofa untuk istirahat. Bilik air yang bersih, bilik khas untuk solat yang juga boleh digunakan untuk breastfeed jika perlu bagi kaum ibu! So complete kan?!

Bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut boleh ke laman sosial Koppi Station, klik saja okay, admin dah backlink siap-siap; FB Koppi Station ;  Instagram Koppi Station


Ini pula menu card Koppi Station untuk anda buat pilihan! Apa tunggu lagi, serbulah Koppi Station sekarang!




1 Komentar:

Write Komentar
Illya LeYa
AUTHOR
8/9/17 7:33 PG delete

Wahhh...nampak menyelerakan.. Nanti pergi Penang bolehlah singgah ni.. Masuk list ni untuk dicuba

Reply
avatar