Ahad, Jun 18, 2017

Laura Zuleykha Nama Anak Perempuan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha



Pemain Bola Sepak, Perak, Zaquan Adha yang juga merupakan suami kepada selebriti Ayu Raudhah pagi tadi telah berkongsi nama anak perempuannya yang baharu sahaja dilahirkan seminggu yang lepas.

Nama Laura Zuleykha Binti Mohd Zaquan Adha menjadi pelihan pasangan suami isteri sama cantik sama padan itu.

Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya itu, Zaquan sempat menitipkan catatan kesyukuran dikurniakan cahaya mata perempuan yang dinanti-nantikan mereka suami isteri!

Bismillahhirahmanirahhim..alhamdulillah penantian daddy untuk mendapat babby girl akhirnya allah kurniakan..tq allah..semakin besar tanggungjawab daddy selepas ni..selagi belum sah kamu menjadi isteri org selagi itu segala tanggungjawab mu berada di atas bahu ku..insyaallah daddy akan membimbing mu ke syurga wahai anakku LAURA ZULEYKHA BINTI MOHAMAD ZAQUAN ADHA#zafamily