Jumaat, Jun 09, 2017

Kenapa Hans Isaac Tunda Kahwin?



Pelakon dan produser filem Datuk Hans Isaac (gambar) terpaksa menunda majlis perkahwinan dengan Gabrielle Robinson, 28, yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ini.

Hans, 46, berkata, penundaan tersebut disebabkan bakal bapa mertuanya tidak dapat pulang ke Malaysia pada tarikh berkenaan.

"Saya terpaksa menangguhkan perkahwinan kepada tarikh lain kerana bapa Gabrielle tidak dapat datang kerana terikat dengan kontrak di Austria.

"Kami mungkin akan melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi mengikut tarikh kesesuaian dan kekosongan hotel Majestic. Buat masa ini pihak hotel belum beritahu tarikh yang ada.


"Tapi ia akan berlangsung pada tahun ini juga," ujarnya kepada mStar Online.