Selasa, Jun 13, 2017

Jangan Kaitkan Saya Dengan Fattah Amin - Neelofa



Meskipun kisah cinta antara mereka sudah berakhir, namun peminat Lofattah seperti tak boleh move on lagi dan masih mengharapkan mereka kembali bersatu. Setelah hampir setengah tahun dikaitkan, Neelofa sudah mulai rimas dan pening kerana asyik dikaitkan dengan Fattah Amin.

“Tolong, jangan sebut pasal itu lagi. Meskipun saya sudah berkali-kali menjelaskan ia tiada apa-apa lagi, pun orang masih memperkatakan tentang hal itu. Sejujurnya saya memang sakit kepala dengan perkara itu”


“Setiap hari ada sahaja cerita baharu yang disampaikan oleh orang luar. Ini yang berlaku dan ia semakin teruk di media sosial. Saya cukup berharap, atas semangat Ramadhan, selepas ini tiada lagi kisah-kisah “begini” dibangkitkan,” katanya kepada Utusan Mingguan mengenai perkara itu.