Sabtu, Jun 10, 2017

Isu Skandal Shukri Yahaya; Tya Adnan Hanya Sekadar Ketawa!



Pelakon 7 Hari Mencintaku, Shukri Yahaya menggangap kontroversi skandal online yang tersebar sejak pagi Jumaat itu bukan satu masalah besar baginya. 

Terdahulu, seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle memuat naik screenshot mesej perbualan di Instagram dan WeChat bersama Shukri Yahaya yang antara lain menunjukkan aktor itu mahu cuba menggodanya.

Menafikan tuduhan berkenaan, Shukri berharap agar perkara ini tidak dipanjangkan lagi bagi menghormati bulan Ramadan.


Malah isterinya Tya Adnan hanya ketawa melihat situasi itu selain menyifatkan ia satu perkara yang agak kelakar.