Isnin, Jun 05, 2017

Hafidz Roshdi Masuk Sukan Bina Badan?



Tatkala beberapa keping gambar Hafidz Roshdi sedang menayangkan otot tubuhnya di pentas tersebar, tidak kurang yang menyangka pelakon itu kini sudah beralih arah ke dunia bina badan. 

Apatah lagi gambar terbabit sememangnya jelas menunjukkan pelakon berkenaan sedang menyertai sebuah pertandingan bina badan di ibu kota. Hafidz bagaimanapun mengesahkan kepada BH Online, penyertaannya dalam pertandingan berkenaan hanyalah sebahagian daripada babak untuk drama Papa Nak Menantu yang bakal disiarkan menerusi slot Dahlia, tidak lama lagi.

 Dalam drama terbitan Zeel Productions itu, Hafidz digandingkan dengan bakat baharu, Jaja Iliyes. "Pembabitan saya dalam pertandingan itu hanyalah lakonan. Kebetulan, memang ada pertandingan bina badan yang berlangsung di sebuah lokasi di ibu kota, jadi pihak produksi mengambil peluang untuk menyelitkan babak berkenaan. 

"Dalam drama Papa Nak Menantu ini, saya memegang watak sebagai jurulatih kecergasan di sebuah gimnasium. "Saya pula tidaklah menganggap babak berkenaan keterlaluan kerana badan saya diselaputi minyak. Saya sendiri mengenakan seluar yang labuh hingga ke paras lutut," katanya.