Isnin, Jun 05, 2017

Fattah Amin Mengaku Fazura Punya Ciri Wanita Idaman; Sudah Berjumpa Keluarga Dua Pihak!



Fattah Amin sudah pun berjumpa dengan keluarga Fazura dan mengakui sedang mengenali hati budi wanita itu dengan lebih rapat lagi. Malah Fattah juga tidak menolak andai jodohnya bersama Fazura.

“Terus terang buat masa ini kami se­nang berkawan dan mula mengenal hati budi masing-masing. Saya dah jumpa keluarga Fazura begitu juga sebaliknya. Buat masa ini semuanya positif. Untuk pergi jauh lagi, itu kuasa Allah”

“Kalau dialah jodoh saya, tidak salah untuk saya terima. Dia adalah wanita yang sangat positif. Aura itu yang menyebabkan saya sedia untuk bekerjasama. Itu juga ciri-ciri wanita yang saya cari selama ini,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai perkembangan hubungan mereka.