Ahad, Jun 11, 2017

Dituduh Ganggu Isteri Orang, Sufian Suhaimi Buat Laporan Polis!



Penyanyi Sufian Suhaimi membuat laporan polis berhubung dakwaan kononnya dia menggangu seorang wanita yang juga isteri orang di laman sembang dikenali Bego Live.

Sufian ketika dihubungi mStar Online berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Sungai Abong, Muar pada malam Sabtu.

"Sejurus perkara itu tersebar luas di Twitter saya terus buat laporan polis sebagai salah satu langkah keselamatan diri saya.


"Laporan itu juga dibuat bagi memberitahu saya tidak bersalah dan telah difitnah selain berada di pihak benar," katanya.