Isnin, Jun 12, 2017

Dikecam Sebab Gambar Banglo; Takkan Nak Letak Gambar Kubur? - Wak Doyok



Wak memuat naik gambar banglo itu yang terletak di Klang, Selangor sambil memeluk ibunya dan dia bertuah kerana sempat berbakti kepada orang tuanya.

"Alhamdulillah berkat kerja keras selama ini, akhirnya aku dapat juga membina sebuah banglo untuk kedua orang tua aku.


"Hanya ini sahaja sedikit jasa aku yang dapat aku bahagiakan berbanding mereka yang tidak kenal erti penat lelah menjaga aku selama ini," tulisnya di Instagram.

Tapi biasalah, akan ada sahaja segelintir pihak yang tidak senang dengan tindakan Wak memuat naik gambar tersebut dan menuduhnya sebagai ingin menunjuk-nunjuk.

Tidak berdiam diri dikritik oleh pengikutnya di laman sosial, Wak tampil dengan entri terbaharu menyelar dan mempersoalkan tindakan pihak yang menghentamnya.

"Instagram dicipta untuk post gambar-gambar yang kita suka dan kongsi sama-sama untuk kita nikmati kebahagian, keseronokan tetapi ada pula yang benci dengan apa yang kita muat naik.


"Kalau begitulah caranya takkanlah kita nak post gambar perkuburan? #Haters Batu Nisan dah tertulis nama kau. Salam hujung minggu," tulisnya. - mStar Online