Rabu, Jun 07, 2017

Datuk Seri Vida Terkilan Anak Dikutuk Hitam!



"Saya tak kisah anak Datuk main panas ke, kuat berjalan ke tapi Datuk sebagai pengasas produk Qu Puteh sepatutnya anak putih juga.

"Ke Datuk tak bagi anak Datuk pakai produk Qu Puteh?" tulis salah seorang di Instagram miliknya selepas Vida memuat naik gambar Cik B dan anak lelakinya, Kacak yang tertidur menunggu waktu sahur.

Itu merupakan antara komen netizen di Instagram Datuk Seri Vida yang ternyata berjaya mencalarkan hati dan perasaan figura itu.

Vida menerusi beberapa siri posting di Instagram memberitahu terkilan apabila ada yang menghina anaknya dan menjelaskan kulit Cik B hitam adalah disebabkan aktiviti lasak sering dilakukannya.

Bagi membuktikan perkara itu, Vida menerusi beberapa siri posting di Instagram telah memuat naik gambar Cik B ketika kecil yang jelas sangat comel dan berkulit putih.



"Jangan kutuk Cik B hitam, masa kecil saya lagi hitam daripadanya.


"Cik B nak enjoy masa chilhood dia, ikut dia redah jer. Main bola tengah panas dengan budak-budak jate (lelaki). Cik jenis brutal, mujur tak panjat pokok jer," tulisnya.

Dalam pada itu, Vida berkata, anaknya itu memang tidak berminat untuk berhias dan menganggap ia perkara biasa bagi seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun.

"Walau apa pun orang cakap dekat Cik B, Mama tetap sayang Cik B... My only girl. Cik B ni bijak orangnya dan minat muzik dan suntingan video malah bisnes pun dia pandai.


"Malah dia sudah ada ejen dan stokis sendiri. Mana budak 12 tahun buat begitu?," tulisnya lagi.