Selasa, Jun 20, 2017

Cinta Bukan Buat Zizan Razak - Mira Filzah



Spekulasi hubungan cinta antara Mira Filzah dan Zizan Razak dalam kalangan peminat akhirnya menuju noktah.

Enggan memberi harapan palsu kepada peminat yang mendoakan, Mira tegas memberitahu cintanya bukanlah kepada Zizan.

“Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu ini kerana saya lebih selesa solo. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta”


“Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang,” jelasnya kepada Utusan Mingguan mengenai gosip percintaan antaranya dengan Zizan yang hangat diperkatakan.