Isnin, Jun 19, 2017

Bisnes Kena Sihir; Aeril Zafrel Tahu Angkara Siapa!



Perkongsian Aeril di Instagram mengenai perbuatan khianat di booth miliknya di Mood Republik mendapat perhatian ramai. Perbuatan sihir berkenaan ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada peminatnya dan pengikutnya di laman sosial tersebut. Sementara itu menurut Aeril, dia mengetahui siapa gerangan di sebalik perlakuan terkutuk berkenaan.

“Jumpa bendala ni kat booth masa meniaga malam tadi kat PWTC. Apalah niat sebenarnya? Astaghfirullah. Bulan Ramadhan pun nak buat macam ni. Bukan booth kat KL je, booth kami kat Johor pun sama, staf jumpa benda yg sama”

“Zaman sekarang ada lagi orang percaya benda benda ni. Dah bawa pergi jumpa pakar dalam bidang ni, ternyata benda ni sihir! Cukup cukup la. Percaya pada rezeki masing masing. Hasbunallahhu wani’malwaqil ni’malmaula wani’malnaseer. #iknowwhouare,” luahnya di Instagram.