Isnin, Jun 05, 2017

Berniaga Untung Banyak; Berlakon Kaya Sekejap! - Zain Saidin



Lama sebenarnya kelibat pelakon Zain Saidin tidak kelihatan menghiasi televisyen menerusi drama bersiri atau pun telefilem.

Zain memberitahu kehilangannya daripada radar bidang lakonan sejak tahun lalu bukan kerana merajuk sebaliknya dia memilih untuk memberi fokus kepada jenama kasut keluarannya iaitu Zapatos by Zain Saidin yang semakin dikenali ramai.

Tambahan pula kata Zain bayaran diberikan kepadanya sebagai pelakon juga tidak setimpal dan menyebabkan dia beralih kepada bisnes.

"Jujurnya berlakon hanya boleh kaya sementara tetapi dengan perniagaan pulangannya berlipat kali ganda cuma kita perlu berusaha keras.

"Saya bukannya merajuk atau bersikap 'demand' namun itulah realiti industri hiburan dan saya perlu lakukan perkara lain dan tidak hanya fokus kepada lakonan sahaja.


"Kadang-kadang saya dipanggil memberikan ceramah selama dua jam bayarannya sama dengan hasil lakonan selama seminggu. Jadi anda nilaikan sendiri," katanya kepada mStar Online.