Isnin, Jun 12, 2017

Ayu Raudhah Selamat Lahirkan Baby Girl; Anak Ketiga Bersama Zaquan Adha



Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada pukul 10.52 pagi Isnin di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Lebih menggembirakan isteri kepada pemain bola sepak Perak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak itu menimang cahaya mata perempuan.

Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 4 dan Muhammad Aisy Aryann, 3.


Berita itu dimaklumkan oleh Zaquan Adha menerusi Instagram miliknya.