Selasa, Jun 06, 2017

Awal Ashaari Selamat Jalani Pembedahan



Awal Ashaari menjalani pembedahan kira-kira sejam Isnin lalu, Awal Ashaari dikatakan telah selamat membuang hempedunya yang mempunyai batu. Menurut isterinya, Scha al-Yahya, keadaan Awal kini bertambah sihat dan boleh pulang ke rumah dalam masa yang terdekat.

“Alhamdulillah, penyakit tidak serius sangat, dalam hempedunya ada batu. Jadi kena buang hempedu tersebut atau dipanggil Gallbladder”

“Insya-Allah, esok, lusa sudah boleh keluar. Dia menjalani surgery (pembedahan) pada pukul 8.30 hingga 11.30 pagi tadi dan semuanya selamat,” jelasnya kepada m Star Online.