Isnin, Jun 12, 2017

Anak Rita Rudaini Tak Pernah Pergi Pasar Ramadan



Rita Rudaini memberitahu dia teringin membawa anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 8 dan Airit Qaqa Arjuna, 6, membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan namun tidak dapat berbuat demikian.

Jelas Rita, faktor dua anak lelakinya yang masih kecil dan bimbang kejadian tidak diingini berlaku menyebabkan dia menyimpan hasrat untuk membawa mereka ke bazar.

"Saya teringin nak bawa anak-anak ke bazar bagi memperkenalkan mereka salah satu keseronokan bulan Ramadan di mana pelbagai makanan dijual di satu tempat yang sama.

"Mereka tidak pernah ada pengalaman itu, bukan kerana saya tidak mahu bawa tetapi bimbang keselamatan memandangkan bazar ramai orang dan saya tiada pembantu untuk mengawal pergerakan mereka.


"Mungkin jika mereka sudah besar sikit baru saya berani bawa mereka," katanya.