Selasa, Jun 06, 2017

Ammar Titan Didakwa Di Mahkamah Kerana Persenda Nama Bapa Watson Nyambek



Pelawak dan pengacara, Ammar Titan didakwa di Mahkamah Majistert Sibu atas tuduhan menghina dan mempersendakan nama mendiang bapa pelari pecut negara, Watson Nyambek menerusi program Sukan Tak Sentral.

Ammar didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu secara sengaja mengaibkan dengan niat untuk  memecahkan keamanan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bukan sahaja Ammar didakwa tetapi produser rancangan Sukan Tak Sentral yang diterbitkan oleh Primeworks Studios, Abdul Ghani Mohd. Mokhtar turut didakwa atas pertuduhan yang sama.

Majistret Saiful Sayoti melepaskan kedua-dua tertuduh dengan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin. Ammar dan Abdul Ghani diarahkan untuk hadir semula ke mahkamah pada 4 Julai depan bagi sebutan semula kes. - mStar Online