Selasa, Jun 06, 2017

Al-Fatihah; Bapa Rebecca Nur Al-Islam Meninggal Dunia



Takziah diucapkan kepada selebriti Rebecca Nur Al Islam atas pemergian ayahanda tercinta. Berita itu dikongsikan Rebecca sendiri di laman sosial Instagram miliknya.

Bapa Rebecca, Ahmad bin Ariffin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Johor Baharu dan di dalam video tersebut Rebecca sedang dalam perjalanan pulang untuk melihat jasad arwah bapanya buat kali yang terakhir.

Rebecca juga turut berkata di seolah-olah tidak percaya tentang pemergian bapa buat selama-lamanya kerana dia baru sahaja berjumpa dengan bapanya baru-baru ini. Berita pemergian bapanya ini diketahuinya daripada abangnya.


Di akhir video ini, Rebecca sempat meminta agar pengikut-pengikutnya di instagram untuk sedekahkan Al Fatihah buat arwah bapanya itu.

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on