Ahad, Jun 18, 2017

Adira Tak Kisah Raikan Aidilfitri Tanpa Suami Di Sisi



Isu beraya di kampung sendiri atau di kampung halaman pasangan bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga bukanlah suatu isu yang baharu. Apatah lagi bagi mereka yang bergelar isteri kedua dan seterusnya!

Berbicara tentang perkara ini, penyanyi Adira yang bergelar isteri kedua kepada ahli perniagaan, memandang positif dan tidak terlalu memikirkannya.

“Sebagai isteri, saya lebih senang meletakkan keputusan itu kepada suami. Ia lebih baik daripada kita bergaduh hingga mengganggu keharmonian rumah tangga juga hubungan dengan isteri pertama. Saya percaya apa juga keputusan diambil adalah yang terbaik untuk kedua-dua pihak”

“Kalau suami tidak bersama saya pun ia tidak perlu dijadikan isu. Buat apa hendak gaduh-gaduh, bukankah kita beraya sebulan. Banyak lagi masa untuk suami dan saya beraya bersama,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai persiapan sambutan Hari Raya nanti.