Khamis, Jun 01, 2017

[7 Gambar] Sambut Hari Lahir Ke-34; Scha Al-Yahya Sedia Tambah Anak!



Scha al-Yahya telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 34 dengan meriah bersama keluarga dan rakan rapat. Dalam pada itu sempena hari jadinya itu juga, Scha sempat menyuarakan hasratnya untuk mendapatkan cahaya mata kedua pula.

“Insya-Allah kami memang merancang dan kami sedang berusaha ke arah itu," katanya kepada Utusan Online.

katanya lagi, andai rezeki mereka dikurniakan anak kedua dalam masa yang terdekat ini, beliau tidak kisah sama sekali. Dalam masa yang sama, mungkin sudah sampai masanya untuk Lara Alana mempunyai adik memandangkan Lara juga sudah besar.