Selasa, Mei 02, 2017

Ziela Jalil Enggan Komen Isu Saman 10 Juta Oleh Penulis Novel 7 Hari Mencintaiku



Berita penerbit drama popular Datuk Ziela Jalil disaman penulis novel popular Siti Rosmizah sudah menjadi perkara hangat minggu lalu.

Ramai yang ingin tahu punca permasalahan mereka berdua. Walau bagaimanapun, Ziela enggan memberikan sebarang komen mengenai isu saman berkenaan dan sudah menyerahkan segala urusan tersebut kepada peguamnya.

Saya mendapat nasihat daripada peguam untuk tidak memberikan sebarang komen dan maklum balas. Jadi tunggu saja perkembangan kes ini. Lagi pun saya masih belum menerima surat saman daripada pihak Siti Rosmizah. Selepas itu baru kita boleh lihat proses seterusnya.