Isnin, Mei 01, 2017

Yusof Leonne, Nama Anak Kedua Yusry Dan Lisa Surihani



Pasangan selebriti, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim, sepakat menamakan cinta hati kedua mereka sebagai Yusof Leonne sempena majlis tahnik bayi lelaki itu, semalam. Majlis berlangsung di kediaman mereka berdekatan Kajang. 

Yusof dilahirkan pada 23 April lalu di Pusat Perubatan Pantai di sini, kira kira jam 7.10 pagi. 

"Alhamdulillah, majlis berlangsung lancar. Terima kasih kepada pereka fesyen, Jovian Mandagie dan isteri, Nina Ismail Sabri, yang membuatkan majlis ini bertambah istimewa," tulis Lisa di laman Instagramnya.