Jumaat, Mei 12, 2017

Wany Hasrita Bakal Tampil Single Irama Tradisional Ciptaan Pak Ngah



Pendatang baharu, Wany Hasrita bakal tampil dengan single baharu yang berkonsepkan irama tradisional selepas Aidilfitri nanti.

Biarpun dia terkenal dengan lagu bergenre balada namun dia sebenarnya meminati lagu-lagu irama tradisional dan berani untuk menyahut cabaran.

“Saya tahu survival lagu-lagu irama tradisional memang agak sukar tapi saya percaya lagu bergenre begitu masih ada tempat dalam industri muzik kita.

“Bila saya dapat lagu ciptaan komposer terkenal, Pak Ngah Suhaimi itu, saya terus bersetuju dan tidak sabar untuk masuk studio bagi proses rakaman,” katanya. - Utusan Online