Sabtu, Mei 06, 2017

[Video] Suasana Panik Golakan Pesawat AirAsia X Di Udara




Seramai lima penumpang dalam pesawat AirAsia X cedera selepas pesawat yang dinaiki mereka menghadapi golakan semasa dalam penerbangan dari Taipei ke Kuala Lumpur, semalam.

Kejadian itu disahkan oleh AirAsia X dalam satu kenyataan dengan berkata pesawat penerbangan D7 377 itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada jam 4.30 pagi Khamis.

AirAsiaX berkata 11 kru dan 291 penumpang berada di dalam pesawat A330-300 itu.

"Lima penumpang yang cedera dirawat oleh anggota paramedik di lapangan terbang selepas pesawat itu mendarat. 

"Kesemua penumpang lain diberi perhatian dan bantuan yang diperlukan oleh kakitangan syarikat di lapangan terbang," katanya. - Siakapkeli