Jumaat, Mei 05, 2017

[Video] Lori MBPP Dibawa Lari Peniaga Yang Mengamuk Gerai Kena Serbu



Dua lelaki telah bertindak membawa lari lori milik penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) gara-gara bengang gerai mereka diserbu.

Dalam kejadian di Jalan Tanjong Tokong pukul 8.50 malam Khamis itu, seorang lelaki telah memandu lori MBPP dalam keadaan marah, manakala seorang lagi rakannya merakam video mereka sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada MBPP.

Dalam video tersebut yang tular di media sosial, dapat dilihat beberapa motosikal, dipercayai penguatkuasa MBPP sedang mengekori lori berkenaan. Lori tersebut dipandu menuju ke Balai Polis Pulau Tikus. Sebaik tiba, mereka terus membuat laporan polis. - mStar Online