Selasa, Mei 16, 2017

[Video] Izara Aishah Kesal, Mohon Maaf Video Tidak Sopan Tersebar!




Selepas video berimej seksi yang menampakkan bahagian tertentu pada diri Izara Aishah tersebar, wanita itu akhirnya tampil membuat penjelasan.

"Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu, saya tidak lagi mengulanginya.

"Sewaktu majlis seperti dalam video itu, ia adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua dan sejak itu (permohonan maaf) saya terus berubah ke arah kebaikan," katanya.

"Video itu mula tersebar sejak Sabtu lalu di WhatsApp dan kini ia tular di laman sosial pula.

"Ia video lama di sebuah acara fesyen dan bukannya di ABPBH seperti didakwa," jelasnya.

Dalam pada itu, Izara berkata, dia kesal dengan penyebaran video ketika dia mengumumkan bakal bernikah dengan anak Datuk K iaitu Adib Mohd Khalid pada tahun ini.

"Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantik saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul.

"Walaupun saya berasa malu dan sedih dengan tindakan pihak yang menyebarkan video itu tetapi saya mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap kelalaian diri saya sendiri.

"Saya juga ingin memohon maaf kepada keluarga dan peminat serta sesiapa sahaja yang tersinggung dengan video itu," katanya.